Sunday 14 April 2013

Lama Tak Bukak Blog.

Wahh dah lama tak bukak blog, weeee..
Sebab apa? Hehe.
Busy LOL.
Busy ke? Yeah, busy dengan Boomz. =3
Haah, aku masih lagi melekat main game tuh sampai sekarang.
Nak kata best, entah ehh, maybe sebab boleh dapat kawan kot. Walaupun secara
dasarnya aku bukanlah peramah di alam facebook, twitter, or pape je la.
Serius, dengan main game ni, aku dah pandai bercakap loghat KL, wakakaka.
Dulu kalau nak bercakap dengan budak-budak kelas aku, ye la depa mai dari corok mana kan..
segan, tatau nak bahasakan diri ni apa, "kami hampa kami hampa"
wahahaha.

So, disini dengan lafaz alhamdulillah, sudah berakhirnya semester 4 aku..
inshaAllah, walaupun result belum lagi keluar, entah apa lah yang aku dapat,
dengan teruknya aku pada sem kali ni, seriously !
segala-galanya aku berserah padaNya, aku dah lakukan setakat daya yang aku mampu =)
jadi, tinggallah lagi aku satu semester saja, then, inshaAllah
tamatlah sesi pengajian diploma aku disini. Hihi.

Hmmm. Cuti ni, 2 bulan. Apa aku nak buat ehh ? Entah ehh. Ha ha ha.
 Kbye, kalau rajin, aku update lagi.
;D