Thursday 8 August 2013

# Day 4

Challenge 4 : 10 Likes and 10 Dislikes.

10 Likes : 

~ suka membaca
~ suka melayari internet, etc fb, twitter, blog, tumblr, .. :3
~ suka main game, iaitu game boomz
~ suka kekemasan dan kebersihan
~ suka berangan
~ suka makan 
~ suka shopping
~ suka mengambil gambar, tapi malu nak tonjol 
~ suka memasak, walaupun tidak pandai dan malas nak memasak di hadapan mak ayah, 
tak sanggup dengar komen dari mak ayah.... :3
~ suka dengar lagu sambil menyanyi

10 Dislikes :

~ tak suka pada perokok
~ tak suka pada asap sampah, asap rokok, asap moto, keta, lori, apa apa yang berkaitan dengan asap
~ tak suka makan daging, ikan, sayur, sotong, udang, susu, dan banyak lagi kalau aku nak senaraikan ?
~ tak suka pada orang yang pemalas = penyegan
~ tak suka pada serangga etc lipas, ulat, lintah, pacat .... >.<
~ tak suka bila kena marah
~ tak suka bila kena paksa
~ tak suka pada orang yang tidak matang padahal, dia tua dari aku ?
~ tak suka sangat tonton filem melayu, sebab hm faham-faham je la.
~ tak suka pergaduhan
~ tak suka orang yang mudah naik marah, zzz

that's all. :)

Selama Hari Raya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin..

Semoga kita akan bertemu lagi ramadhan yang akan datang, inshaAllah.

# rindu zaman sekolah, rindu zaman kanak-kanak, sebabnye
dulu-dulu, aku lah paling excited nak bagi kad raya kat kekawan..hehe
sibuk pujuk ajak mak ayah pegi beli kad raya sebab nak bagi kat kekawan,
baik perempuan mahupun lelaki, hihi..
rindu sesangat..
sekarang, zaman dah moden, manusia makin maju, teknologi makin canggih
cara 'manual' dah dilupakan dek arus era zaman moden ni..
sekarang semua orang hanya mengucap melalui internet saja, guna sesawang seperti 
facebook, twitter, instagram, mesej..
hmm.. dan termasuklah aku sendiri..
sedih bukan ? :(

by the way, aku update blog bukan untuk sedih-sedih..
hehe, pape je la, selamat hari raya untk diri sendiri! xD

Wednesday 7 August 2013

# Day 3

Challenge 3 : A picture of you and your friends.





ada sahabat-sahabat aku yang aku sendiri tidak ada sekeping pun gambar mereka,
namun kamu semua tetap segar dan utuh dalam ingatan ini, :')

Rindu.

aku tak faham
ternyata aku rindukan dia
dia yang anggap aku
hanya sebagai kawan saja
tapi..
aku sendiri tak paham
siapakah dia bagiku..
walaupun
kadang-kadang perasaan ini pergi terbang kepadanya
tanpa dia sedar..
walaupun
pada hakikatnya, aku tahu dimana letaknya hati aku..
hati aku tidak punya sesiapa




Monday 5 August 2013

# Day 2

Challenge 2 : Write about your relationship status.



Hihi. Hmm. Relationship? Tentang status hubungan?
Waa hubungan aku...dengan siapakah ?
Well, i have nobody. Takde yang special pun.
That's all. 
dan, aku nak bagitau yang ini 


peace, no war! 

Sunday 4 August 2013

Sahur Yang Kelam Kabut.

aku terbangun agak lewat sedikit dari budak-budak rumah ni. 
dalam pukul 5.10 macam tu. 
aku bangun, menapak ke bilik air, basuh muka, dan gosok gigi.
budak-budak rumah semua pakat sibuk di ruang dapur.
sibuk nak perangat lauk-lauk yang dibelikan petang kelmarin, untuk dimakan bersama nasi pada sahur kali ini.
namun, aku tidak memilih untuk makan nasi pada sahur ini, aku pilih untuk makan roti sahaja.
di luar bilik air, aku sudah terdengar bunyi bising-bising di ruangan dapur.
budak-budak rumah bising sebab lauk yang dibelikan itu, sudah berbau "harum".
merungut itu, ini.
dalam kerungutan itu, aku keluar dari bilik air, dan ingin mencapai pembakar roti.
setelah aku mengambil pembakar roti tersebut, tiba-tiba..
ada 'sesuatu' berjalan di lengan aku.
dan , aku pulak hanya memakai baju lengan pendek sahaja, =_=
memang, errrkkkk aku tak tahu serangga apakah, aku cepat-cepat menempis serangga itu. 
dan papp, terjatuh pada kaki kawan aku,
dan bermulalah parti melompat-lompat sana-sini. kehkeh. 
aku sangkakan lipas, namun kawanku berkata sebaliknya. urghh. 
abaikan saja binatang itu.
dan akhirnya, semua orang terpaksa makan roti disebabkan lauk mereka yang telah terbasi awal , huahua.
aku hanya mampu menggelang saja, sepatutnya mereka perlu perangatkan dahulu lauk tu pada malam tersebut. hmmm.
takpela, kami semua pun duduk bersila, makan dengan baiknya.
masing-masing dengan dunia sendiri. tiada sesiapa pun bersuara.
fikiran entah hilang kemana, tapi tangan tetap berjalan, menyuapkan makanan masuk ke dalam mulut.
bagaikan jasad disitu, tapi roh terbang melayang, alah macam pelajar di dalam kelas laa. tak beri fokus.
sedang asyik melayani perasaan masing-masing, tiba-tiba..
mataku terpandang seekor lipas besar sedang berlari menuju kearah belakang kawanku, fatin.
apa lagii, terlompat-lompat la, disertakan bunyi jeritan. ._.
aku pula, disebabkan terkejut + takut, terus terbangun dan sempat menyambar tin tuna dan pinggan roti aku.
betapa kejapnya aku pegang pinggan dan tin tuna aku.
takut punya pasai.. wakakaka.
setelah lipas itu blahh, keadaan kembali kepada normal..dan semua, kembali pada tujuan yang asal, iaitu sambung makan.
tapi....tiba-tiba, fatin bersuara, "nadiahhhh! tangan hang berdarah kaa?" aku "hah? mana?"
dan...terpandangnya aku pada tangan kiri aku, ada darah keluar dengan membuak-buaknya.
patutlah aku rasa sakit.
fatin bertanya lagi " betul ka tu darah? ka pewarna merah?" "nadiah, tu darah hang ka?"
betapa paniknya masa tuu.. yang aku lak, erk blurr..
semua orang terkejut. aku lagii lahh. ._.
macam mana boleh berdarah? fikir-fikir balik, disebabkan aku pegang kejap tin tuna yang telah dibuka kot, ye lah kan tajam kat penutup tin tuu, sebab kat situ pun ada darah.
luka aku agak dalam.. sakit? pedih? ohh mestilahhh sakit gilaa. pedih, masyaAllah. hanya Allah saja yang tahu.
terus semua orang jadi tak lalu nak makan. mereka fobia tengok darah aku keluar dengan banyaknya.
ha a, memang banyak. aku terkejut jugak.
huhu. 
fatin siap berkata lagi "nadiah, lepas ni jangan makan roti. aku fobia."
._.

so, inilah kisahnya..first day bersahur di rumah sewa setelah masing-masing sebelum ni, balik rumah dahulu, berpuasa dengan family tercinta. 
first day puasa untuk last ramadhan untuk last sem kali ini. insyaAllah.

Last Semester!

Yahh...baru sekarang aku terasa nak update blog pasai tentang ni
padahal dah start sem baru ni sejak 5/6/2013 lagi
wuuu baru sekarang terasa nak update..ngee
kelas pun dah start minggu lepas , xD
sekarang dah masuk minggu kedua, sekejapnye masa berjalan
tinggal lagi 12 minggu untuk this last sem..then we will be apart from each other
sedihnyaa :'(
i will miss everything at here, this is the place that i stand alone without anyone
the place that i learned everything
the place that i have to get bus everyday, lari-lari berebut naik bas, tolak sana tolak sini, huahua
and when i want go back to my hometown, i need to get bus, ohh that's was my best ever experience! 
walaupun actually, jarak sungai petani dengan alor setar hanyalah makan masa 2 jam saja, 
yeaa 2 jam saja, 2 jam jaa? yeaa 2 jam jaaa. ._.
tapi itu semua kenangan bukan? 
kau ada? kalau takda, diam.

harap aku dapat perform dengan baik untuk last semester kali ini, insyaAllah.
wish me luck! 

sekian...


# Day 1

Challenge 1 : Post a picture of yourself, and 10 facts about yourself.


  1. sekarang berada di semester akhir, insyaAllah..iaitu semester lima, kos pengurusan teknologi pejabat di uitm.
  2. mudah berkawan dengan sesapa jua. tapi jadi pemalu bila berhadapan dengan kawan-kawan lelaki. kalau boleh, taknak bercakap. 
  3. sangat talkactive dengan teman-teman rapatnya. 
  4. suka menyanyi di kala datangnya mood 'tension'. 
  5. bila gelak, memang semua orang boleh dengar suara aku. 
  6. sensitif dan cerewet orangnya. 
  7. kaki novel, kaki makan, kaki shopping, dan kaki game. tapi aku setia pada satu game saja, iaitu Boomz BM. 
  8. suka tertidor dalam kelas, er dimana-mana saja sebenarnya. =_=
  9. aku er..penakut orangnya.
  10. tidak suka pada orang yang pemalas.
Done! Sekian dari aku =)

I'm Backk!!

yeahhh ! aku kembali lagi, alhamdulillah..masih bernafas lagi, kikiki..
hmm tahu takk, kita dah nak raya dahh? tinggal beberapa hari jer lagi ni tuk berpuasa,
hep hep hoorayyy!
by the way, blog aku kali ni, berubah angin sikit..
rasa gatal tangan nak 'renovate' lain blog nih, huahua
ohh ya tak lupa, memandangkan aku pun bukannya ada keja sangat, rasa macam nak aktif balik kat blog nih, so aku ada terjumpa satu bloh ni, actually blog kawan..
dia tengah sahut cabaran, aku pun nak gak..saja syok2..
cabaran dia, adalah...

jeng jeng jengggggg

so, wish me luck! Tata ~