Sunday 4 August 2013

Sahur Yang Kelam Kabut.

aku terbangun agak lewat sedikit dari budak-budak rumah ni. 
dalam pukul 5.10 macam tu. 
aku bangun, menapak ke bilik air, basuh muka, dan gosok gigi.
budak-budak rumah semua pakat sibuk di ruang dapur.
sibuk nak perangat lauk-lauk yang dibelikan petang kelmarin, untuk dimakan bersama nasi pada sahur kali ini.
namun, aku tidak memilih untuk makan nasi pada sahur ini, aku pilih untuk makan roti sahaja.
di luar bilik air, aku sudah terdengar bunyi bising-bising di ruangan dapur.
budak-budak rumah bising sebab lauk yang dibelikan itu, sudah berbau "harum".
merungut itu, ini.
dalam kerungutan itu, aku keluar dari bilik air, dan ingin mencapai pembakar roti.
setelah aku mengambil pembakar roti tersebut, tiba-tiba..
ada 'sesuatu' berjalan di lengan aku.
dan , aku pulak hanya memakai baju lengan pendek sahaja, =_=
memang, errrkkkk aku tak tahu serangga apakah, aku cepat-cepat menempis serangga itu. 
dan papp, terjatuh pada kaki kawan aku,
dan bermulalah parti melompat-lompat sana-sini. kehkeh. 
aku sangkakan lipas, namun kawanku berkata sebaliknya. urghh. 
abaikan saja binatang itu.
dan akhirnya, semua orang terpaksa makan roti disebabkan lauk mereka yang telah terbasi awal , huahua.
aku hanya mampu menggelang saja, sepatutnya mereka perlu perangatkan dahulu lauk tu pada malam tersebut. hmmm.
takpela, kami semua pun duduk bersila, makan dengan baiknya.
masing-masing dengan dunia sendiri. tiada sesiapa pun bersuara.
fikiran entah hilang kemana, tapi tangan tetap berjalan, menyuapkan makanan masuk ke dalam mulut.
bagaikan jasad disitu, tapi roh terbang melayang, alah macam pelajar di dalam kelas laa. tak beri fokus.
sedang asyik melayani perasaan masing-masing, tiba-tiba..
mataku terpandang seekor lipas besar sedang berlari menuju kearah belakang kawanku, fatin.
apa lagii, terlompat-lompat la, disertakan bunyi jeritan. ._.
aku pula, disebabkan terkejut + takut, terus terbangun dan sempat menyambar tin tuna dan pinggan roti aku.
betapa kejapnya aku pegang pinggan dan tin tuna aku.
takut punya pasai.. wakakaka.
setelah lipas itu blahh, keadaan kembali kepada normal..dan semua, kembali pada tujuan yang asal, iaitu sambung makan.
tapi....tiba-tiba, fatin bersuara, "nadiahhhh! tangan hang berdarah kaa?" aku "hah? mana?"
dan...terpandangnya aku pada tangan kiri aku, ada darah keluar dengan membuak-buaknya.
patutlah aku rasa sakit.
fatin bertanya lagi " betul ka tu darah? ka pewarna merah?" "nadiah, tu darah hang ka?"
betapa paniknya masa tuu.. yang aku lak, erk blurr..
semua orang terkejut. aku lagii lahh. ._.
macam mana boleh berdarah? fikir-fikir balik, disebabkan aku pegang kejap tin tuna yang telah dibuka kot, ye lah kan tajam kat penutup tin tuu, sebab kat situ pun ada darah.
luka aku agak dalam.. sakit? pedih? ohh mestilahhh sakit gilaa. pedih, masyaAllah. hanya Allah saja yang tahu.
terus semua orang jadi tak lalu nak makan. mereka fobia tengok darah aku keluar dengan banyaknya.
ha a, memang banyak. aku terkejut jugak.
huhu. 
fatin siap berkata lagi "nadiah, lepas ni jangan makan roti. aku fobia."
._.

so, inilah kisahnya..first day bersahur di rumah sewa setelah masing-masing sebelum ni, balik rumah dahulu, berpuasa dengan family tercinta. 
first day puasa untuk last ramadhan untuk last sem kali ini. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment