Wednesday 31 October 2012

Hari Pertunangan Chu Janna & Chu Man.



this is my chu janna.. 





tok pin...








hasil gubahan dari ibuku sendiri!!! :)


this is my cousin, kakak azira :)


this is my younger brother, muhamad naim :)


welcome to our family, chu man! inshaAllah :)


this is aqilah, si comel :)
"dia ada jiwa dia sendiri, yang boleh masuk dengan jiwa dia" - kak yam 

-
-
-
-
-
-


okay, ini tak de kena mengena pun, ehhh inilah tuan blog ni..
my younger sister and I :)
*semoga hubungan mereka dirahmati Allah SWT, kekal hingga ke jinjang pelamin, AMIN*









Thursday 25 October 2012

Hari Ini.



Hari ini, macam-macam terjadi. Aku tak suka hari ini. Sebabnya, ada satu rahsia keluarga terbongkar. Segala-galanya telah terbongkar. Aku benci bila dapat tahu rahsia ni. Aku benci. Seakan-akan tidak percaya. Kenapa mesti ada manusia sebegini di atas bumi? kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaa? Ya Allah, sesungguhnya rahsia ini membuatkan aku rasa tertekan. Bagai pisau yang tajam menikam-nikam di dada ku. Perit, sakit hati apabila ibuku mengalirkan air mata. Ya Allah, kenapa sebegini kuatnya dugaan yang telah Engkau timpakan kepada ibubapaku? Tunjukkanlah mereka jalan yang lurus. Ampunilah dosa-dosa mereka. Sesungguhnya aku tak sanggup melihat kesedihan mereka kerana mereka hanyalah mangsa keadaan! Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati orang itu supaya segera bertaubat..Ya Allah, kenapa aku perlu tahu semua-semua ini? Aku sedih Ya Allah. Aku sedih sebab aku tak mampu nak beri kata-kata semangat kepada ibuku di saat ibuku mengalirkan air mata. Aku hanya mampu menangis di riba beliau sahaja, Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku hari ini. Disebabkan hal itu, aku menjadi agresif. Aku menjerkah-jerkah adik aku, Ya Allah. Ampunilah aku, selamatkanlah ibubapaku... Aku hanyalah anak yang gagal! anak yang gagal! :'(

Wednesday 24 October 2012

Maksu Aku.

InshaAllah , ahad minggu depan maksu aku akan bertunang dengan pilihan hatinya sendiri. Alhamdulillah. Moga ini adalah pilihan yang tepat sekali. Setelah beberapa tahun maksu putus tunang, dan baru sekarang dia tergerak hati untuk mengakhiri zaman bujangnya, hehe. Syukur Ya Allah. Aku tumpang bahagia. Maksu berhak hidup bahagia. Yaa :')

Tadi, aku, mak, ngah chah, tok pora dgn maksu pergi survey butik pengantin, nak tempah baju pengantin. Tiga tempat yang telah kami pergi. Butik pertama, kurang memuaskan. Sebab fesyen yang dah lama, butik kedua, not bad lah. Tapi agak mahal. Dan maksu bagaikan hampir-hampir berkenan dengan pakej yang disediakan walaupun perbelanjaan melangkau hampir RM6K! Kebetulan, Naim, yakni adik lelaki aku, menelefon kami suruh amik dia dari sekolah.

Dalam on the way balik ke umah kami, kami melintas depan Taman Tunku Haminah. Dan ada butik pengantin di situ. Dan kami berhenti kat situ untuk survey lagi. Tapi ni untuk kali terakhir. Haha. Padan muka Naim, kena jugak ikut. Tapi kesian kat dia, kawan tak makan-makan lagi, terpaksalah melayan karenah maksu dia. Yaa maksu aku memang agak lama jugak kalau untuk memilih2 baju-baju nih, alahh aku pun sama. Agak cerewett! Heee. 

Naik saja ke butik Istana Mahligai tuh, terkejut aku ada seorang mamat muka baik kat situ. Terus terlintas, "hensem!" Dalam otak aku, "alah pangkat adik saja ni, mesti baru lepas SPM, tatau nak keja kat mana". Tapikan, aku rasa macam err ntah, lelaki..keja di butik?? But dia bukan maknyah. Mamat ni kemas penampilan dia, rambut kemas dan pendek, muka bersih, gigi, erm boleh lah lawanya. Haha. Peramah dan pandai melayan customer. Tanya itu tanya ini, rupanya dia ni adalah professional make-up artist. Terkedu aku kat situ wei. Kira hebat jugaklah sebab dia ada sijil penghargaan sepanjang naik tangga itu. Tergantung sijil-sijil penghargaan dia. Wah, hebat kan? Tapi, fikiran aku agak nakal lah jugak. Macam-macam persoalan muncul, "kenapa dia minat bidang ni, apa yang membuatkan dia minat bidang ni, macam mana boleh terjerumus ke dalam bidang ni, dia ni pondan ka, ka lembut, tapi tak lembut, keras lah jugak aku tengok, macam mana dia boleh kerja macam ni, nanti nak kawin macam mana, agak-agak bini dia marah tak dia solek2 muka pengantin perempuan, dulu belajar amik kos apa" dan macam-macam lagi soalan yang muncul. Terukkan kan aku, sampai begitu sekali otak aku bekerja, ahaha. :p

Yang paling tak tahan bila, tadi aku terus saja duduk atas kerusi pengantin, sebab dek kepenatan mendaki tangga yang tak seberapa tinggi tuh. Mak, maksu, dan ngah chah pakat sibuk memanggil-memanggil nama aku, aku diminta memberi pendapat baju pengantin yang mana cantik. Masing-masing pakat berkenan baju-baju pengantin yang ada disitu. Jenuh aku melayan. Macam aku lak yang nak kawin :p tiba-tiba ada satu suara mencelah, " nak tanya, sapa yang nak kawin eh? " semua orang pandang mamat tuh, dan ngah chah aku menjawab kata maksu aku yang nak kawin sebenarnya. Huhu. Yang naim pulak, duk tayang muka kebulur kat situ, ish2 kesian. Pakej yang ditawarkan agak lumayan, dan bajet pun tak setinggi macam butik pengantin kedua yang kami pi tuh. Masa kami semua duk belek-belek album pengantin disitu, aku berdiri hampir dengan satu anak patung nih. Baju pengantin yang tersarung dibadan anak patung tuh lawa lah jugak, tapi aku tak berkenan design dia. Aku tak goyang-goyang badan pun. Tiba-tiba ada satu bunyi debebukkk jatuh gila kuattt dari belakang aku. Terkejut. Bergetar gila hati aku. Huhu. Tengok-tengok anak patung tuh jatuh menyembah lantai simen tuh, Kuang kuang kuang.

Muka mamat tuh, nasib baik tak tunjuk muka ketat. Dia senyum saja dan tak marah. Fuhhh fuhhh fuhhh. Kalau rosak baju tuh, naya aku ooo. Huhu. Terus aku duduk atas kerusi pengantin. Diam tak terkata. Dalam hati nak cakap sorry, tapi segan ada semua orang kat situ. Maluuuu. Huhuhu. Last last aku buat derk ja. Yang lain teruskan balik agenda yang terberhenti sebentar tadi. Tiba-tiba kan, mamat tuh kata "duduk diam terus adik tuh lepas anak patung tuh jatuh" pastu dia sengeh! Caittt hang perli aku ka apa? Ingat aku sengaja ke? Oh tidak sama sekali, huhu, yang maksu aku dengan ngah chah terus bantai gelak kuat-kuat bila tengok muka kelat aku. Huhu. Maluuuu. 

Dan akhir sekali, maksu aku sebulat hati , dia berkenan betul-betul baju-baju kat situ dengan cara make up tuh. Semua pakej tuh, hanya RM4K lebih saja. Murah lagi dari sebelum ni. Hmmm. Okay, tadi hasrat aku tercapai. Dapat makan roti nan. hehehe. Tapi tadi, terserempak dengan jiran kami, pak cik mail tuh tiba-tiba datang nak menyalami ayah aku nak minta diri, tiba-tiba dia terus tarik bil makanan kami, dan dia pi bayar. Alhamdulillah. Moga Allah memurahkan rezeki dia sekeluarga. Aminn. Ayah aku bagaikan terkejut dengan tindakan spontan pak cik mail, sebab ye la, pak cik mail dengan keluarga kami takde lah rapat mana. Rumah dia pun hmmm jauh sikit lah dari rumah kami. Ya Allah, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih atas segala-galanya Ya Allah. :')

Monday 22 October 2012

Semester Break .

Yaaa sudah lama aku tak huuppdate blog ni. Bersawang? oh tidak, mana ada spider kat sini kannn? :p Hmm alhamdulillah, pada 18/10/2012 berjaya jugak aku menghabiskan paper last aku tuk sem kali nih..hihi..semua  telah aku usahakan, itu ja yang aku mampu buat, aku hanya mampu berdoa dan berserah saja pada Allah SWT. Harap-harap result aku meningkat dari sem sebelum nih. :(

 Okay, sekarang baru tiga hari aku duduk rumah dannnnnn aku dah mula bosan. Tak tahu nak buat apa. Balik balik benda yang sama saja aku buat. Tau tak apa dia? Baca novel, layan korea, pastu facebook, twitter, tumblr, blog, hehhhhhh. benda ni pun aku penat gak tauu. :P

Masa tengah study, hati ni bagaikan tergedik-gedik tak sabar nak balik rumah, nak cuti lama-lama, nak berehatt saja. Sekarang bila dah cuti, lain pula yang aku rasa. Haihhhhh. Kadang-kadang aku rasa macam otak ni makin jemm. Bukan jem strawberry ke apa ke ehhhh, blank otak. Tak tahu nak buat apaaa. Sedih :(

huhu. k bai. 

Sunday 7 October 2012

Sebelum Aku Bernikah .

Wow...sebelum aku bernikah? Hahaha, demand gilaa. Okeyh, sebenarnya aku memang dah lama nak beli buku ni, tersangat-sangat teringin. Bukan semangat nak bernikah ka apa nah...aku cuma nak baca, macam menarik saja. Lagipun, ramai orang cakap tak rugi baca buku ni, dan aku terus ingin memilikinya. Heheh. Tapi, sangatlah susah untuk mencari buku ni...haiyaaa, dan akhirnya aku terus saja order online dari LangitIlahi . Senang. Habis cerita. Dan, dan, dan kelmarin alhamdulillah...akhirnya buku ni sampai jua ke tangan aku. Budak-budak rumah aku pun excited terlebih sebab depa pun order jugak -_- So tadaaa !





"Persiapkan diri, ini bukan permainan" - Hilal Asyraf

Saturday 6 October 2012

Kenangan .

Kenangan. Kenangan. Sapa tak ada kenangan? Memang tipu lah tu. Semua orang, or setiap orang mesti ada kenangan yang tersendiri, tak kisah lah kenangan manis atau kenangan buruk. Dua-dua aku ada. Dan bohong jugaklah kalau seseorang tuh tak da kenangan buruk. Kena marah, kenangan buruk jugak kan? Kan? Kan? hehe. 

Tadi tiba-tiba aku teringat satu kenangan ketika sekolah rendah dahulu. Hehe. Masa tuh baru ja lepas habis UPSR, tapi sekolah tetap berjalan seperti biasa. Masih belum cuti sekolah lagi waktu itu. Dan seperti biasa, bagi budak-budak darjah 6 ni, macam-macam aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru untuk memastikan kami datang ke sekolah jugak walaupun sudah tidak belajar lagi.

Tiap-tiap hari aku pergi sekolah hanya bermainnnn saja. Tiap-tiap hari main. Main 'jutaria', 'saidina', kad 'one big happy family', kad 'donkey', macam-macamlah. Baik budak lelaki mahupun budak perempuan dua kali lima saja. Bagaikan satu family. Best. Rinduuu. 

Yang paling aku teringat sakali, ada sukaneka *ignore if my spelling is wrong* pada hari tu. Dan berlawan antara kelas-kelas. Kelas 6 Elit. 6 Cemerlang, 6 Gemilang dan 6 Terbilang. Hehe. Aku kelas 6 Elit. The first class. Aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba boleh ada Elit dicelah-celah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang tuh. Hm. Back to the story, menyimpang jauh dah ni :P masa hari sukaneka tuh, ada game melompat masuk dalam ke dalam tayar and then kena berlari straight terus kat satu kerusi tuh then pusing pastu lari balik ke tempat asal. Dan turn aku pulak masa tuh. Masa nak kena lari ke kerusi tuh, kami kena bawa tayar tuh sekali sambil berlari. Hmmmm macam......

Masa turn aku tuh, aku pun buat je lah macam mana yang perlu dibuat, aku melompat masuk ke dalam tayar tuh. Masa aku melompat tuh, aku sendiri tak tahu lah maybe angin ada sama kot time tuh, habis tudung aku terselak ke depan. Then, yang tak tahannya aku tak perbetulkan pun kedudukan tudung tuh. Terus angkat tayar, buat tak tahu ja terus lari. Masa lari baru terfikir, aku tak nampak jalan lah! Hahaha. Betapa tak cerdiknya aku masa tuh. Dan aku rasa macam aku berlari jauh dah. Bila aku berhenti di pertengahan jalan tuh, untuk perbetulkan tudung aku, tiba-tiba aku sedar yang aku dah berada jauh dari gelanggang game tuh. Terkeluar. Out teruih. Sabar je lah. Dengan muka tebal dan tak malu, aku balik semula ke group aku. Aku hanya mampu sengih kambing saja, yang kawan-kawan aku ada yang marah dan ada yang gelak. Bayangkan aku berlari dengan tudung terselak yang memang tak nampak jalan. Huh, tu ahh nak menang sangat, kalut memang macam tuh lah akhirnya. Huhu. Tapi, bila aku teringat balik, aku tersenyum sendiri. Manis kan kenangan seperti ni? Bila lagi nak ada kenangan seperti ini? Hehehe. K bai. :)

Friday 5 October 2012

Kita Bertanya .




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” 



[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]



KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”



[Surah Al-Baqarah ayat 216]



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :



“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”



[Surah Al-Baqarah ayat 286]



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :



“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”



[Surah Ali Imran ayat 139]



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”



[Surah Ali Imran ayat 200]



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :



“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”



[Surah Al-Baqarah ayat 45]



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”


[Surah At-Taubah ayat 111]



KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”


[Surah At-Taubah ayat 129]


Tabahkanlah hati wahai diri..
 Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..
Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
 Jangan kau ragui kerna ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..
Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..
Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..
Kuatkan aku Ya Allah!

Wednesday 3 October 2012

Tuesday 2 October 2012

Useless .

"..maka aku sungguh malu ketika aku ucapkan "maafkan aku" "aku bertaubat" (beristighfar), sedangkan hatiku tidak hadir bersamaNya.."

Makin hari percakapan harian kosong.
Makin kosong.
Tiada hala tuju.
Lagi bercakap, lagi bertambah dosa.


Allahuakhbar.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.
Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan-Mu.