Saturday 6 October 2012

Kenangan .

Kenangan. Kenangan. Sapa tak ada kenangan? Memang tipu lah tu. Semua orang, or setiap orang mesti ada kenangan yang tersendiri, tak kisah lah kenangan manis atau kenangan buruk. Dua-dua aku ada. Dan bohong jugaklah kalau seseorang tuh tak da kenangan buruk. Kena marah, kenangan buruk jugak kan? Kan? Kan? hehe. 

Tadi tiba-tiba aku teringat satu kenangan ketika sekolah rendah dahulu. Hehe. Masa tuh baru ja lepas habis UPSR, tapi sekolah tetap berjalan seperti biasa. Masih belum cuti sekolah lagi waktu itu. Dan seperti biasa, bagi budak-budak darjah 6 ni, macam-macam aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru untuk memastikan kami datang ke sekolah jugak walaupun sudah tidak belajar lagi.

Tiap-tiap hari aku pergi sekolah hanya bermainnnn saja. Tiap-tiap hari main. Main 'jutaria', 'saidina', kad 'one big happy family', kad 'donkey', macam-macamlah. Baik budak lelaki mahupun budak perempuan dua kali lima saja. Bagaikan satu family. Best. Rinduuu. 

Yang paling aku teringat sakali, ada sukaneka *ignore if my spelling is wrong* pada hari tu. Dan berlawan antara kelas-kelas. Kelas 6 Elit. 6 Cemerlang, 6 Gemilang dan 6 Terbilang. Hehe. Aku kelas 6 Elit. The first class. Aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba boleh ada Elit dicelah-celah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang tuh. Hm. Back to the story, menyimpang jauh dah ni :P masa hari sukaneka tuh, ada game melompat masuk dalam ke dalam tayar and then kena berlari straight terus kat satu kerusi tuh then pusing pastu lari balik ke tempat asal. Dan turn aku pulak masa tuh. Masa nak kena lari ke kerusi tuh, kami kena bawa tayar tuh sekali sambil berlari. Hmmmm macam......

Masa turn aku tuh, aku pun buat je lah macam mana yang perlu dibuat, aku melompat masuk ke dalam tayar tuh. Masa aku melompat tuh, aku sendiri tak tahu lah maybe angin ada sama kot time tuh, habis tudung aku terselak ke depan. Then, yang tak tahannya aku tak perbetulkan pun kedudukan tudung tuh. Terus angkat tayar, buat tak tahu ja terus lari. Masa lari baru terfikir, aku tak nampak jalan lah! Hahaha. Betapa tak cerdiknya aku masa tuh. Dan aku rasa macam aku berlari jauh dah. Bila aku berhenti di pertengahan jalan tuh, untuk perbetulkan tudung aku, tiba-tiba aku sedar yang aku dah berada jauh dari gelanggang game tuh. Terkeluar. Out teruih. Sabar je lah. Dengan muka tebal dan tak malu, aku balik semula ke group aku. Aku hanya mampu sengih kambing saja, yang kawan-kawan aku ada yang marah dan ada yang gelak. Bayangkan aku berlari dengan tudung terselak yang memang tak nampak jalan. Huh, tu ahh nak menang sangat, kalut memang macam tuh lah akhirnya. Huhu. Tapi, bila aku teringat balik, aku tersenyum sendiri. Manis kan kenangan seperti ni? Bila lagi nak ada kenangan seperti ini? Hehehe. K bai. :)

No comments:

Post a Comment