Thursday 25 October 2012

Hari Ini.



Hari ini, macam-macam terjadi. Aku tak suka hari ini. Sebabnya, ada satu rahsia keluarga terbongkar. Segala-galanya telah terbongkar. Aku benci bila dapat tahu rahsia ni. Aku benci. Seakan-akan tidak percaya. Kenapa mesti ada manusia sebegini di atas bumi? kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaa? Ya Allah, sesungguhnya rahsia ini membuatkan aku rasa tertekan. Bagai pisau yang tajam menikam-nikam di dada ku. Perit, sakit hati apabila ibuku mengalirkan air mata. Ya Allah, kenapa sebegini kuatnya dugaan yang telah Engkau timpakan kepada ibubapaku? Tunjukkanlah mereka jalan yang lurus. Ampunilah dosa-dosa mereka. Sesungguhnya aku tak sanggup melihat kesedihan mereka kerana mereka hanyalah mangsa keadaan! Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati orang itu supaya segera bertaubat..Ya Allah, kenapa aku perlu tahu semua-semua ini? Aku sedih Ya Allah. Aku sedih sebab aku tak mampu nak beri kata-kata semangat kepada ibuku di saat ibuku mengalirkan air mata. Aku hanya mampu menangis di riba beliau sahaja, Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku hari ini. Disebabkan hal itu, aku menjadi agresif. Aku menjerkah-jerkah adik aku, Ya Allah. Ampunilah aku, selamatkanlah ibubapaku... Aku hanyalah anak yang gagal! anak yang gagal! :'(

No comments:

Post a Comment